Saya boleh memilih untuk bersangka buruk dan prejudis dan berjauh hati dan negatif, negatif, negatif. (In fact saya pernah hidup begitu, terlalu lama).
Tetapi untuk apa saya mendera diri sendiri?
Ending bagaimana yang saya mahu untuk diri saya?
Jadi saya memilih untuk cuba bersyukur, bersabar, berlapang dada. Positif, positif, positif.
Positivity attracts positivity in return.
Dan saya mahu serahkan semua pada Allah.
Saya mahu redha.
Saya mahu bersangka baik.
Saya mahu percaya yang Allah tidak akan pernah membiarkan saya sedih.
Saya mahu percaya yang Allah mendengar doa saya, menerima doa saya, dan mengatur yang terbaik untuk saya.
Saya mahu percaya, dan tersenyum dengan aturanNya.