RSS

Lapanglah, hati.

19 Oct

Lapanglah, hati. Tenanglah bagai air di kali. 

Terasa sebak gadis berhijab itu, tatkala wanita berwajah redup itu memegang dadanya dan menggosok-gosok menyenangkan. Mendoakan agar gadis itu berhati tenang. Lapang. Redha.

Yamhullahu ma yasha’, dan Allah hapuskan belenggu kalbumu.

Lapanglah, hati. Tenanglah bagai air di kali. 

Hikmah walangmu, hikmah mata berkacamu, hikmah payahmu dan jerihmu, bukankah aturan Allah itu tak pernah melebihi apa yang mampu ditanggung? 

Kerana jalan inilah, kau jauh. Jauh dari tersimpang dan tersesat dan tiada arah kembali. Kau pernah hampir, selangkah kurang dari simpang. Kau hampir, dan jalan inilah yang menarikmu kembali dari terus menapak di garisan sempadan. 

Kerana jalan inilah, kau dekat. Dekat dengan mushaf itu. Mushaf yang kau sayang dan kau tinggal dan kau sayang kembali dan kau tinggal kembali, dan di penghujung permainanmu kau putuskan, hatimu mati tanpanya. Kau putuskan kau sayang dan kau mahu sayang dan kau mahu terus dan makin.

Kerana jalan ini, kau membesar. Kau belajar. Kau lain. Kau berbeza. Kau kuat.

Kau tua dengan pengalaman, bila teman-temanmu masih merangkak belum mampu berjalan. 

Lapanglah, hati. Tenanglah bagai air di kali. 

Ini, nukilan dari Tuhanmu. Khas dari Penciptamu, Pemilikmu. Ditinta di Lauh Mahfuz dan dititipkan dalam rohmu, dan lupakah ikrar redha taat setiamu dulu?

Lahirmu sebagai hamba. Lahirmu sebagai khalifah. Lahirmu punya liku dan lara, teranyam bersama senyum dan tawa. Kau redha lahirmu, takdirmu berkuasakan ketentuanNya.

Di Lauh Mahfuz. Kitabim Maknun. Kitabim Mubin. Bukankah kau redha, saat kau masih di sana?

Maka lapanglah, hati. Tenanglah bagai air di kali. 

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: