RSS

Journey nak jadi Hamlatul Quran itu sangat menggerunkan.

02 Oct

Sangat.

I repeat, sangat.

Bagi mereka yang dah ada basic, dah memang sekolah agama dari kecik, yang jalan hidup lurus takde bengkok-bengkok, yang memang sekilas pandang memang air muka boleh nampak la muka bakal penghuni syurga, yang sami’na wa ato’na kat Allah and parents, yang tak pernah terjatuh tergolek to the other side of life,

Verily jalan nak menghafal Quran tu lebih senang dan less berduri.

Mereka = my Tahfiz classmates. Mereka = Aleng. Dah selamat dah pun abang sedara aku tu hafal the whole Quran. Mereka = Raihanah, Farah. My lil’ cousins. Hafizahs in the making.

But for me?

Yang sepanjang zaman membesar entah tergolek tergedik-gedik terpelanting terjerumus kat dunia alien mana pun aku tak tau lah, yang pernah kumpul duit, exercise, try buat latihan vokal sebab berangan nak jadi penyanyi Korea (serius aku sangat sengal dulu.sekarang pun.tapi dah kurang sikit), yang pernah addicted dengan dark music, yang bekas violinist tegar, yang pernah itu, ini, begitu, begini, yang baru bulan lepas bergelut dengan lawatan bulimia yang ingatkan-dah-pupus-rupanya-ada-lagi, yang baru tahun lepas bergelut dengan suicidal thoughts, yang baru dua tahun lepas kembali ke jalan yang benar tapi kadang-kadang tergelincir balik, yang haru biru, yang entah apa-apa.

For me, sesungguhnya jalan nak ke starting point, page three Quran (page 1 Al-Fatihah, kalau tak hafal tanya la balik diri tu Muslim ke tak kau solat kau baca apa wehhh, page 2 tu memang nak cari kena tembak lah kan kalau dah besar panjang tak hafal2. so kita kira start kat page 3, okay) adalah sangat seksa. Torture, man. Serious torture.

Even nak menghafal satu page, cukup torture.

Even nak sambil menyelam minum air a.k.a sambil menghafal sambil bertaubat sambil terus berubah, it’s torture.

Sangat torture.

Tapi Aika perasan, bila mula menghafal, sesetengah perasaan datang tanpa dipaksa. Like yesterday, I wore a dress yang labuh atas lutut, with jeans. By my friends’ definition, tu kira labuh la. Dan tak ketat, etc. Tapi semalam, sepanjang kat kuliyyah rasa cam……. aku nak balik tukar pakai kainnnnn. Aku rasa macam ketat kat paha. Aku nak balik tukar bajuuuuuuuu. Somehow perasaan untuk menutup secara extra datang kaching~ camtu je. Bila terjaga before Subuh, bangun je. No tarik selimut tido balik, kau tu kena hafal law, kena hafal Quran. Sedar diri Aika, sedar diri. Maka bangunlah daku di hening malam….. Bila malas solat, paksa jugak. Bila malas baca Quran, malu sendiri. Dan baca jugak. Habis-habis malas tahap cimpanzee pun baca apa yang dihafal sambil mata pejam dan terus zzzzzzzzz. Orang start gosip, aku pergi tempat lain. Orang mencarut, aku yang istighfar. Eh pulak. Orang start sembang pasal handbag, kasut, varsity jacket……… korang, Aika mintak diri ye I can’t join the conversation. Dan sekarang pandangan mata dah turun hahahaha. No looking at handsome guys. UIA ni cabaran dia manusia hensem bersepah. Tapi entah. Bila rasa nak pandang (yes I’m horrible…) automatik rasa segan.

Every single bad thing I do, terasa segan dengan Quran.

Every single bad thought playing in my mind, terasa tebal muka dengan Quran.

Every single bad thing that I eventually did or said or thought of, bila time nak pegang Quran hambek kau rasa tak mampu. Bila nak menghafal rasa tebal muka tak tau nak cakap.

Dan rasa tebal tu paling teruk bila teringatkan Atuk. Bila bercakap dengan Atuk. Everything Atuk. And I can’t bring myself to face the Quran.

Atuk is the hardest aspect.

Bila berdepan dengan the dark side of diri sendiri, nak slash dan cantas-cantas, potong-potong, seteruk mana pun, they’re relatively easier compared to this. Sebab tu semua battle between my and myself. Nafs lawwamah versus nafs amarah. Tapi yang pasal manusia nan sorang ni….. it’s a complicated issue to tackle. Careful supaya tak lukakan hati sendiri. Hati dia yang dah banyak kali Aika poison dengan kuih tat nenas hurtful words and selfish acts. Dah banyak kali hati tu aku bagi hancur macam kuih labuan baru keluar oven yang hancur bila masuk mulut.

Mengulangi ayat mak masa aku hari-hari mata bengkak circa end of 2010-early January 2011, “aku tak pernah tengok orang break pasai sayang. selalu orang break pasai benci. haru sungguh budak ni.”

Time tu, aku sayang diri sendiri. I wanted to go back to my Creator. Aku sayang manusia tu, and I always prayed for him to change sebab aku tak nak tengok dia drown dalam nothingness.

Dan sekarang, aku on the verge of taking an extreme action like back then. Because I love myself – I need the Quran so I don’t sink back into my own darkness, so I can function like normal Muslim, so I can continue changing, so I can try to have a shot at chasing heaven. Because I love you – and I want you to live normally and happily without having to face my demons, so you can grow up and be a great Muslim in your akhlaq, in your work, in your everything – and so what do I do, how do I justify myself?

Celaru.

Will I leave again?

Rephrase.

Can I leave again?

Rephrase sebab dah try dan dah tengok consequences. Dan kalau tengok dari sudut lain, ianya seperti memainkan hati orang.

Kalau tak boleh tinggalkan, make a clean cut – then what? Nak pergi pinang dia kah? “Tujuan saya ke rumah mak cik adalah untuk….. sekian sekian…. oleh kerana saya ingin menjaga diri saya…. kerana saya mahu meletakkan proses menghafal Quran di tangga teratas dalam priority saya… oleh itu saya harus menjaga ikhtilat… dan insyaAllah saya menjaga ikhtilat… kecuali dengan anak mak cik…  dan saya sedar perkara itu merupakan salah satu jenis maksiat yang terlindung walaupun pada zahirnya kami menjaga pertuturan dan pergaulan…. namun Allah lebih mengetahui… maka… izinkanlah saya…..”

Seriously itu adalah seperti mencari mati. Nak memalukan kaum sendiri? Ni kalau mak tau aku mengarut macam ni maunya dia samak kepala aku dengan Clorox.

Kalaupun aku tak pergi rumah dia pinang dia, nak suruh dia pinang aku kah? Itu adalah seratus peratus mustahil secara tepat nyata dan jitu kerana 1) Dia tak nak, 2) Dia tak akan nak, 3) Dia tak ready, 4)Dia tak  betul-betul capable lagi 5)karang pressure budak tu karang terbakar fius dia parah pulak karang 6)Habis tu kalau kau tak yakin diri dan tak sedia dan tak tak tak yang kau berkawan dengan aku jugak apahal, 7)Even parents dia pun akan bantah. Aku percaya diorang akan bantah sebab haritu dia pergi wedding kawan dia pun mak dia tak setuju muda-muda dah get married inikan pulak anak sendiri maka….

Jadi option itu pun out.

So what’s left adalah lepas ni kalau ada je makcik-makcik yang datang merisik, aku tak cakap no dah. Aku cakap, ni alamat rumah saya ha bincang dengan mak. Abah takda, abah dok jauh tapi kalau mak ok then most probably abah ok so see you dekat ruang tamu rumah saya soon okeh makcik? Sebab sebelum ni asal ada orang bertanya je, aku atau mak akan cakap, eh Aika belajar lagi. Stop kan inquiry diorang dari stage awal. Padahal bukan sebab belajar. Tapi sebab aku suka kat orang lain. Yang takkan serius dengan aku in at least five years time. So daripada aku sakit jiwa tunggu manusia tu baik aku cakap ok je kat makcik-makcik tu. Pastu hambek kau dapat suami yang kau tak suka langsung.

Ok Aika, stop mengarut.

Stop.

Stop mengarut, stop crying, stop pk pelik-pelik. Semalam dah pelik dah, Lin panik orang nak datang rumah meminang dan dia tak nak last-last aku pulak yang menangis jealous. Last-last bukan aku yang pujuk Lin tapi Lin yang pujuk aku. Seka air mata aku, peluk aku. Aku pulak dah yang salah wiring otak.

Just stop.

Sekarang ni what’s left adalah dok diam-diam dan telan sorang-sorang. Bagitau dia pun bukan dia boleh buat apa. Buat tambah stress dia je. Baik aku dok sorang-sorang dok jauh-jauh dari civilization and human contact dan lantaklah apa jadi pun, aku hafal akta, principles, elements, cases, statutes dan paling penting sekali Quran. Pedih hati ke pedih ulu hati ke migrain ke inflammation kat bekas surgery ke, lantak. Telan je. Just telan.Oh btw tadi stress punya pasal sampai dapat MC. Gempak tak? Haha.

And I know I need to telan a lot of things. Worse comes to worst I need to prepare myself to sacrifice a lot of things. Sebab I know, Tahfiz ni is my wildcard. Kalau aku berjaya ni, insyaAllah this will be my greatest weapon against segala makhluk yang mengganggu dan keburukan diri sendiri serta saki-baki masa lampau. This is my last chance at being a human. I need to succeed.

Hari tu masa interview, ustaz tanya, kenapa nak masuk tahfiz ni. Basic takda, sekolah pun sekolah biasa, bukan lepasan Darul Quran, dah tu ambik law pulak tu serius ke mampu. Aika senyap for a long time. Aika tunduk. Sampai ustaz tanya balik, awak sendiri tak tahu ke kenapa awak nak ambik course ni?

That moment, Aika angkat muka and my serious face almost crumple time tu jugak sebab terlampau sebak hati.

I want to chase mardhatillah. I want to seek his pleasure. I have been too far from my Creator all these years I’m living, and I don’t want to keep on straying further. I was lost once, and I thank him for showing me the way back. But still, it’s hard to keep on the right track. I still stumble sometimes. I still fall back sometimes. And I want the Quran to occupy my heart, because I believe in the process of doing so I can grow to be a much better Muslim and therefore I can stay on the right track. I want the Quran to be a tool for me to be closer to my Creator, to change me, to guide me. I want to have a shot at heaven, because right now my sins outweigh my good deeds and I can’t have a shot at heaven with my current lifestyle. And through Quran I want to love Him, more than anything or anyone.

Dan walaupun Aika memang totally lost dan takda even the simplest knowledge pasal segala qiraat la etc etc, ustaz tu terima Aika sebagai anak murid dia. Sebab dia tengok kesungguhan. Dia cakap pertama kali dia tengok ada orang tukar universiti sebab nak hafal Quran. Extreme habis. So dia terima. Dan alhamdulillah he was convinced with my recitation. He said it’s quite outstanding for someone who doesn’t have a formal education in this area. So all matters considered, he took me in.

And I’m the only one dalam kelas tu yang blur tak tahu apa-apa. Yang lain semua ada pengalaman. Selamat berjuang, Aika…. dushdush.

Dan lagi satu, I told this to my ustaz:

I came here sacrificing a lot of things. I set my eyes on this course sacrificing a lot of things. When I start memorizing, insyaAllah I am willing to sacrifice a lot more. 

And I am not kidding.

I am willing to sacrifice a lot more if I can’t find solutions to my situation.

Because I value this so much.

And I want to strive.

Push, shove, everything. I’d try it all. I’d do it all.

InsyaAllah.

————————————————————————————-

Sekian, tamatlah sesi melepaskan stress saya. Saya sedar bahawa manusia lain semua post benda baik-baik je, memohon kekuatan dan rahmat Ilahi and so on, terutamanya mereka yang telah lama ataupun baru berkecimpung dalam bidang menghafal al-Quran, tetapi sesungguhnya saya tidak boleh menjadi seperti mereka. Hu.

Advertisements
 

7 responses to “Journey nak jadi Hamlatul Quran itu sangat menggerunkan.

  1. z

    October 2, 2012 at 11:52 pm

    Ganbare. Man jadda wa jada :)

     
    • aikautsarc

      October 2, 2012 at 11:59 pm

      Arigatou. Z-sa no dare desuka?

       
  2. I adore you

    October 3, 2012 at 12:12 am

    genuine and sincere

     
  3. Syarena Hilda

    October 14, 2012 at 3:31 am

    even though u gave me this link so that I can understand your pain. tp saya rasa mcm agak menusuk kalbu saya. rasa cm nak dush dush diri sndri sbb tak sdr2 lagi dari ‘mimpi’. thanks for sharing your thoughts

     
    • aikautsarc

      October 14, 2012 at 9:21 am

      doushita no to kyuu ni kikareru to “uun. nandemo nai”
      sayounara no ato ni kieru egao watashi rashikunai

      -flavor of life by utada hikaru-

       
  4. anonymous95

    March 21, 2015 at 10:13 pm

    you know what ive been memorizing the Quran for like five whole years and after spm i still did know what to futher my studies in whether in islamic studies,farmacy or tesl…my moms choice was farmacy…mines was tesl …i wow to that very day onwards i didnt want to futher my studies in islamic studies because it just seem something so backwards in this society and i wanted to prove to the society that even a quran memorizer can be an english teacher..ok whatever…but Allah had his owns plans for me..i didnt survived long in tesl because of some reasons didnt like its environment bla bla….so i change course to islamic studies and after foundation yet i still didnt know what to futher my studies in…alas i futhered my studied in qiraat and i regretted my choice i dunno why the **** i regretted the choice that i did earlier …*sigh* im in the middle of wanting to change course because im kinda giving up with qiraat i dont have any interest for it whatsoever i dunoo what the d*** h### is wrong with me …excuse me for cursing…i really respect the courage you took from a someone who doesnt know nothing about deen but your wanting to change over a new leaf…wanting to be near to Allah etc…its so wrong of me to give up ever so easily when i myself have an islamic background…sekolah maahad…ur story has motivated me ever so much and i really hope that u succeed in this life and life hereafter..Ameen..

     
    • aikautsarc

      April 10, 2015 at 4:11 am

      Terima kasih :)

      My hafazan is on halt due to personal reasons. Please pray that i will be able to resume my hafazan ye?

      Just sebab ada islamic background tak bermaksud kita kebal. Life ada ups and downs. Ada time kita rasa lost, ada time kita okay. It’s just…. life. Don’t hate yourself for it.

      Jom kita sama2 cari balik the meaning of our lives :)

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: